Analisis dan refleksi
video clip pilihan.
Video yang saya pilih untuk membuat
refleksi mengenai kecerdasan emosi adalah daripada iklan televisyen dari negara
Thailand iaitu Cinta Dalam Diam. Video ini mengisahkan seorang pelajar
perempuan yang mahukan ayah yang lebih sempurna fizikalnya. Dia selalu dibuli
dan diejek kerana ayahnya seorang yang bisu dan pekak. Ayahnya pula seorang
yang penyayang dan suka mengambil berat kepada anak perempuannya. Dia berasa
sungguh tertekan kerana mempunyai seorang ayah yang bisu dan pekak.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk
membunuh diri dengan mengelar urat tangannya. Ayahnya memasuki bilik anaknya
dan terlihat anak perempuannya itu rebah di atas lantai kerana banyak
kehilangan darah. Ayahnya begitu risau dan sanggup memberi apa-apa sahaja
kepada doktor agar anaknya tidak meninggal dunia. Ayahnya itu menyuruh agar
doktor mengambil darahnya untuk didermakan kepada anaknya. Setelah proses
pendermaan darah berlaku, ayahnya pula terlantar di atas tilam. Anak
perempuannya tersedar dan melihat ayahnya sakit dan tidak sedarkan diri demi
menyelamatkan nyawa anaknya.
Berdasarkan video klip itu, saya
berasa sungguh sedih dan menangis terharu melihat pengorbanan seorang ayah demi
menyelamatkan nyawa anaknya. Ayahnya sungguh baik dan selalu menasihati anaknya
supaya belajar bersungguh-sungguh dan itu membuat hati saya tersentuh. Saya
berasa sungguh sebak apabila melihat babak ayahnya menyuruh doktor untuk
mengambil darahnya, ‘take my blood !’. Ia membuat saya mengalir air mata
terharu kasih sayangnya seorang ayah yang sanggup membuat apa-apa sahaja kepada
anaknya perempuannya agar terus hidup. Iringan muzik piano dan gesekan biola
sangat menyentuh qalbu. Ia mengajar saya supaya menyayangi kedua ibu bapa saya
walaupun mereka mempunyai kekurangan fizikal. Video ini sungguh menyayat hati
dan membuat emosi saya berasa sungguh sedih dan layu.
Jika saya sebagai watak anak
perempuannya itu, saya akan berasa sungguh kesal dan sedih kerana kehilangan
orang tua kita yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi memastikan kita terus
senang dan gembira. Saya seperti tidak dapat memaafkan kesalahan yang telah
saya lakukan dan menyebabkan kehilangan kedua ibu bapa kita. Sebenarnya saya
dapat merasakan sedikit keperitan yang dialami perempuan itu tetapi kita perlu
mengawal perasaan dan menerima secara terbuka takdir dan ketentuan tuhan yang
menimpa diri kita.
Anyway senang cakap, "apa yang berlaku dan ditentukan oleh Allah atas diri kita ada hikmahnya". Wallahualam :')
ReplyDelete