Hello...

Welcome
to my blog... (^_^)

Wednesday, 12 September 2012

Dilema o dilema...

Assalamualaikum dan selamat malam... yah2 memang lama dah tak jumpa dan bergossip-gossip ini. Memang banyak benda yang nk 'cerciter' tapi tak dapatlah nak cerita sekarang. Saya agak buzy minggu ini, minggu depan dan minggu-minggu seterusnya. Jadinya bagi refleksi kali ini, saya nak cerita serba sedikit mengenai emosi saya pada petang tadi.

Ceritanya bermula lebih kurang pukul 1.15 petang tadi, Zahrah cakap pada saya, "eh.. Syakirin kamu inovasi bawah Dr. Fatimah kah ?"... saya pon cakap "Ya... kenapa ?"... "Ooo... tadi Pn. Ramlah ada call saya tanya sama ada inovasi pedagogi kamu bawah  Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah ... Pn. Ramlah ingatkan kamu bawah dia... tapi Dr. Fatimah kata kamu bawah dia pula... so bagaimana ini ?" kata Zahrah pada saya di perpustakaan petang tadi.


Saya pun terus terdiam dan ingin meminta pandangan dari rakan sekumpulan inovasi saya tetapi jawapannya sememangnya menghancurkan hati saya.."speechless".... Mahu saja saya berhenti dari memasuki inovasi ini...Saya sebenarnya rasa serba salah sama ada inovasi kumpulan saya ini di bawah Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah. Tiga hari sebelum cuti hari Raya, saya berjumpa dengan Dr. Fatimah untuk berbincang mengenai inovasi. Dr. Fatimah memberi saya borang inovasi pedagogi dan menanyakan tajuk inovasi pada saya. Saya pun cakap kumpulan kami akan buat tajuk Tamadun Mesir. Borang tersebut perlu dihantar sebelum cuti hari Raya.


Satu hari sebelum cuti hari Raya, saya ingin menghantar borang terbabit pada Dr. Fatimah tetapi saya tidak jumpa beliau. Saya pun pergi ke Jabatan Kajian Sosial dan berbincang-bincang dengan Dr. Ramli dan Pn. Maimunah mengenai inovasi ini. Pn. Maimunah berpendapat agar saya berjumpa dengan Pn. Ramlah sebab beliau yang mengajar paper tersebut. Oleh itu, saya pun berbincang panjang lebar dengan Pn. Ramlah kira-kira satu jam lebih juga lah. Banyak input-input yang saya perolehi dalam membuat inovasi ini daripada beliau.


Jadinya, sekarang saya berasa dalam dilema sama ada saya sebenarnya di bawah Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah. Kalau saya di bawah Dr. Fatimah, apa pula kata Pn. Ramlah... tak sampai hati pula... tapi kalau saya di bawah Pn. Ramlah, apa pula kata Dr. Fatimah... aduh3... perasaan serba salah ini semakin menghantui saya.. Dilema o dilema.. saya mahukan kedua-duanya untuk menjadi pensyarah pembimbing inovasi saya ini. Tapi bagaimana ? boleh kah ?


Tuntasnya, emosi saya sekarang berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Saya berasa sungguh serba salah dan tidak senang duduk. Emosi saya sangat tertekan dan mahu saja nangis ini. Tambahan pula, banyak perkara yang saya perlu fikirkan dan diselesai dalam masa terdekat ini seperti kerja kursus sejarah dan pendidikan luar, pesta hoki IPGM-MILO, pendidikan luar dan sebagainya... sekarang ini masalah inovasi pula, jadinya saya perlu banyak bersabar dan memohon pada Allah agar semua masalah ini ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk saya laluinya. Justeru, saya berharap inovasi ini saya akan dapat saya hasilkan dengan jayanya dengan bantuan yang sewajarnya daripada rakan-rakan sekumpulan saya. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment