Assalamualaikum dan selamat petang semua. Sekarang ini saya ingin membuat refleksi harian yang berkaitan dengan emosi saya. Hari ini memang sangat2 buzy dan memenatkan. Aduhai... start dari pagi sampai pukul 6.30 ptg.. malam ni ada lagi kerja nak kena buat... Alamak stress nya hidup di sini. Tapi apakan daya, tanggungjawab perlu dilaksanakan dan ditepati.
Pagi tadi lebih kurang pukul 9, saya dan rakan2 sekelas pergi satu ceramah sejarah iaitu Bicara Pejuang Bangsa bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Memang banyak pengalaman manis dan pahit dikongsikan bersama oleh Mejar (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman dan Mejar (B) Ishak Bin Mohd Isa semasa memerangi komunis. Dr. Mardiana Binti Nordin bertindak sebagai pemudahcara yang merupakan penulis buku Pengajian Malaysia. Saya ada beli buku ini dan dapat melihat penulis buku itu secara live depan mata... Hehehe... orangnya masih muda dan ayu suaranya.
Kemudian kami dan sampai ke IPGKBM pada pukul 1.30 ptg. Saya bergegas untuk bersolat dan bersiap2 untuk berjumpa dengan En. Shamsul untuk mengurus bayaran piala pesta hoki. Sampai2 di sana, beliau sedang meeting dan saya menunggunya dengan begitu lama. Akhirnya saya berjumpa juga dan dapatlah bayaran RM 150 sebagai deposit piala tersebut. Saya pun bergegas pergi ke kedai piala dan meminta resit pembayaran. Saya menyerahkan resit terbabit tetapi beliau kata kena bagi pada En. Santaran pula. Ok2... Maka, jumpalah saya dengan En. Santaran. Beliau suruh saya jumpa pengarah untuk meminta duit tajaan.
Saya pun pergi lah ke Bilik Pengarah. Rupa2 nya pengarah meeting. Aduh2... penat berlari2 menguruskan psl piala ini. Saya tunggu demi tunggu demi tunggu.... sampailah 1 jam lebih menunggu... barulah pengarah dan timbalan pengarah sampai... Tumit sakit !!!!!! aduh2.... tapi apa2 pun lega lah sebab dpt jumpa pengarah. Sampai2... pengarah panggil masuk dan saya memberi penerangan kepada pengarah dan meminta bayaran trofi... tapi pengarah kata dia tiada duit sekarang... sepatutnya kena memberi dulu anggaran bajet supaya beliau bersiap sedia. Jadi, saya keluar dengan perasaan hampa sangat2... penat menunggu tapi tak sampai 5 minit sudah keluar....
Sebagai jalan penyelesaian, saya rujuk kepada En. Santaran dan beliau mengarahkan untuk mengambil duit daripada bendahari besok malam. Jadi saya terpaksa memberitahu kepada wakil kedai Rizal Trohy untuk menunda tarikh mengambil piala iaitu pada hari Sabtu. Saya pun pulang ke bilik dan terus membuat kerja kursus Kecerdasan Emosi. Sakit tumit kaki saya sebab terlalu lama berdiri....
Konklusinya, emosi saya sangat bercampur-baur... stress sangat2 dan letih. Banyak kerja perlu di buat hari ini. Pada mulanya, saya sangat gembira kerana berjumpa secara live penulis buku Pengajian Malaysia. Tetapi apabila pulang ke IPGKBM dan berjumpa dengan pelbagai pensyarah. Saya berasa sangat letih dan penat. Saya berasa sangat bosan apabila terpaksa menunggu pengarah pulang dari meeting. Saya terpaksa menunggu sehingga 1 jam 1/2 setengah... Sakit tumit kaki saya.
No comments:
Post a Comment