Hello...

Welcome
to my blog... (^_^)

Thursday, 13 September 2012

Cinta dalam diam...



Analisis dan refleksi video clip pilihan.
           
            Video yang saya pilih untuk membuat refleksi mengenai kecerdasan emosi adalah daripada iklan televisyen dari negara Thailand iaitu Cinta Dalam Diam. Video ini mengisahkan seorang pelajar perempuan yang mahukan ayah yang lebih sempurna fizikalnya. Dia selalu dibuli dan diejek kerana ayahnya seorang yang bisu dan pekak. Ayahnya pula seorang yang penyayang dan suka mengambil berat kepada anak perempuannya. Dia berasa sungguh tertekan kerana mempunyai seorang ayah yang bisu dan pekak.
            Akhirnya dia membuat keputusan untuk membunuh diri dengan mengelar urat tangannya. Ayahnya memasuki bilik anaknya dan terlihat anak perempuannya itu rebah di atas lantai kerana banyak kehilangan darah. Ayahnya begitu risau dan sanggup memberi apa-apa sahaja kepada doktor agar anaknya tidak meninggal dunia. Ayahnya itu menyuruh agar doktor mengambil darahnya untuk didermakan kepada anaknya. Setelah proses pendermaan darah berlaku, ayahnya pula terlantar di atas tilam. Anak perempuannya tersedar dan melihat ayahnya sakit dan tidak sedarkan diri demi menyelamatkan nyawa anaknya.
            Berdasarkan video klip itu, saya berasa sungguh sedih dan menangis terharu melihat pengorbanan seorang ayah demi menyelamatkan nyawa anaknya. Ayahnya sungguh baik dan selalu menasihati anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh dan itu membuat hati saya tersentuh. Saya berasa sungguh sebak apabila melihat babak ayahnya menyuruh doktor untuk mengambil darahnya, ‘take my blood !’. Ia membuat saya mengalir air mata terharu kasih sayangnya seorang ayah yang sanggup membuat apa-apa sahaja kepada anaknya perempuannya agar terus hidup. Iringan muzik piano dan gesekan biola sangat menyentuh qalbu. Ia mengajar saya supaya menyayangi kedua ibu bapa saya walaupun mereka mempunyai kekurangan fizikal. Video ini sungguh menyayat hati dan membuat emosi saya berasa sungguh sedih dan layu.
            Jika saya sebagai watak anak perempuannya itu, saya akan berasa sungguh kesal dan sedih kerana kehilangan orang tua kita yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi memastikan kita terus senang dan gembira. Saya seperti tidak dapat memaafkan kesalahan yang telah saya lakukan dan menyebabkan kehilangan kedua ibu bapa kita. Sebenarnya saya dapat merasakan sedikit keperitan yang dialami perempuan itu tetapi kita perlu mengawal perasaan dan menerima secara terbuka takdir dan ketentuan tuhan yang menimpa diri kita. 

Sakit tumit kaki...

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Sekarang ini saya ingin membuat refleksi harian yang berkaitan dengan emosi saya. Hari ini memang sangat2 buzy dan memenatkan. Aduhai... start dari pagi sampai pukul 6.30 ptg.. malam ni ada lagi kerja nak kena buat... Alamak stress nya hidup di sini. Tapi apakan daya, tanggungjawab perlu dilaksanakan dan ditepati.

Pagi tadi lebih kurang pukul 9, saya dan rakan2 sekelas pergi satu ceramah sejarah iaitu Bicara Pejuang Bangsa bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Memang banyak pengalaman manis dan pahit dikongsikan bersama oleh Mejar (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman dan Mejar (B) Ishak Bin Mohd Isa semasa memerangi komunis. Dr. Mardiana Binti Nordin bertindak sebagai pemudahcara yang merupakan penulis buku Pengajian Malaysia. Saya ada beli buku ini dan dapat melihat penulis buku itu secara live depan mata... Hehehe... orangnya masih muda dan ayu suaranya.

Kemudian kami dan sampai ke IPGKBM pada pukul 1.30 ptg. Saya bergegas untuk bersolat dan bersiap2 untuk berjumpa dengan En. Shamsul untuk mengurus bayaran piala pesta hoki. Sampai2 di sana, beliau sedang meeting dan saya menunggunya dengan begitu lama. Akhirnya saya berjumpa juga dan dapatlah bayaran RM 150 sebagai deposit piala tersebut. Saya pun bergegas pergi ke kedai piala dan meminta resit pembayaran. Saya menyerahkan resit terbabit tetapi beliau kata kena bagi pada En. Santaran pula. Ok2... Maka, jumpalah saya dengan En. Santaran. Beliau suruh saya jumpa pengarah untuk meminta duit tajaan.

Saya pun pergi lah ke Bilik Pengarah. Rupa2 nya pengarah meeting. Aduh2... penat berlari2 menguruskan psl piala ini. Saya tunggu demi tunggu demi tunggu.... sampailah 1 jam lebih menunggu... barulah pengarah dan timbalan pengarah sampai... Tumit sakit !!!!!! aduh2.... tapi apa2 pun lega lah sebab dpt jumpa pengarah. Sampai2... pengarah panggil masuk dan saya memberi penerangan kepada pengarah dan meminta bayaran trofi... tapi pengarah kata dia tiada duit sekarang... sepatutnya kena memberi dulu anggaran bajet supaya beliau bersiap sedia. Jadi, saya keluar dengan perasaan hampa sangat2... penat menunggu tapi tak sampai 5 minit sudah keluar....

Sebagai jalan penyelesaian, saya rujuk kepada En. Santaran dan beliau mengarahkan untuk mengambil duit daripada bendahari besok malam. Jadi saya terpaksa memberitahu kepada wakil kedai Rizal Trohy untuk menunda tarikh mengambil piala iaitu pada hari Sabtu. Saya pun pulang ke bilik dan terus membuat kerja kursus Kecerdasan Emosi. Sakit tumit kaki saya sebab terlalu lama berdiri....

Konklusinya,  emosi saya sangat bercampur-baur... stress sangat2 dan letih. Banyak kerja perlu di buat hari ini. Pada mulanya, saya sangat gembira kerana berjumpa secara live penulis buku Pengajian Malaysia. Tetapi apabila pulang ke IPGKBM dan berjumpa dengan pelbagai pensyarah. Saya berasa sangat letih dan penat. Saya berasa sangat bosan apabila terpaksa menunggu pengarah pulang dari meeting. Saya terpaksa menunggu sehingga 1 jam 1/2 setengah... Sakit tumit kaki saya.

Wednesday, 12 September 2012

Dilema o dilema...

Assalamualaikum dan selamat malam... yah2 memang lama dah tak jumpa dan bergossip-gossip ini. Memang banyak benda yang nk 'cerciter' tapi tak dapatlah nak cerita sekarang. Saya agak buzy minggu ini, minggu depan dan minggu-minggu seterusnya. Jadinya bagi refleksi kali ini, saya nak cerita serba sedikit mengenai emosi saya pada petang tadi.

Ceritanya bermula lebih kurang pukul 1.15 petang tadi, Zahrah cakap pada saya, "eh.. Syakirin kamu inovasi bawah Dr. Fatimah kah ?"... saya pon cakap "Ya... kenapa ?"... "Ooo... tadi Pn. Ramlah ada call saya tanya sama ada inovasi pedagogi kamu bawah  Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah ... Pn. Ramlah ingatkan kamu bawah dia... tapi Dr. Fatimah kata kamu bawah dia pula... so bagaimana ini ?" kata Zahrah pada saya di perpustakaan petang tadi.


Saya pun terus terdiam dan ingin meminta pandangan dari rakan sekumpulan inovasi saya tetapi jawapannya sememangnya menghancurkan hati saya.."speechless".... Mahu saja saya berhenti dari memasuki inovasi ini...Saya sebenarnya rasa serba salah sama ada inovasi kumpulan saya ini di bawah Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah. Tiga hari sebelum cuti hari Raya, saya berjumpa dengan Dr. Fatimah untuk berbincang mengenai inovasi. Dr. Fatimah memberi saya borang inovasi pedagogi dan menanyakan tajuk inovasi pada saya. Saya pun cakap kumpulan kami akan buat tajuk Tamadun Mesir. Borang tersebut perlu dihantar sebelum cuti hari Raya.


Satu hari sebelum cuti hari Raya, saya ingin menghantar borang terbabit pada Dr. Fatimah tetapi saya tidak jumpa beliau. Saya pun pergi ke Jabatan Kajian Sosial dan berbincang-bincang dengan Dr. Ramli dan Pn. Maimunah mengenai inovasi ini. Pn. Maimunah berpendapat agar saya berjumpa dengan Pn. Ramlah sebab beliau yang mengajar paper tersebut. Oleh itu, saya pun berbincang panjang lebar dengan Pn. Ramlah kira-kira satu jam lebih juga lah. Banyak input-input yang saya perolehi dalam membuat inovasi ini daripada beliau.


Jadinya, sekarang saya berasa dalam dilema sama ada saya sebenarnya di bawah Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah. Kalau saya di bawah Dr. Fatimah, apa pula kata Pn. Ramlah... tak sampai hati pula... tapi kalau saya di bawah Pn. Ramlah, apa pula kata Dr. Fatimah... aduh3... perasaan serba salah ini semakin menghantui saya.. Dilema o dilema.. saya mahukan kedua-duanya untuk menjadi pensyarah pembimbing inovasi saya ini. Tapi bagaimana ? boleh kah ?


Tuntasnya, emosi saya sekarang berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Saya berasa sungguh serba salah dan tidak senang duduk. Emosi saya sangat tertekan dan mahu saja nangis ini. Tambahan pula, banyak perkara yang saya perlu fikirkan dan diselesai dalam masa terdekat ini seperti kerja kursus sejarah dan pendidikan luar, pesta hoki IPGM-MILO, pendidikan luar dan sebagainya... sekarang ini masalah inovasi pula, jadinya saya perlu banyak bersabar dan memohon pada Allah agar semua masalah ini ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk saya laluinya. Justeru, saya berharap inovasi ini saya akan dapat saya hasilkan dengan jayanya dengan bantuan yang sewajarnya daripada rakan-rakan sekumpulan saya. Sekian, terima kasih.