Hello...

Welcome
to my blog... (^_^)

Thursday, 13 September 2012

Cinta dalam diam...



Analisis dan refleksi video clip pilihan.
           
            Video yang saya pilih untuk membuat refleksi mengenai kecerdasan emosi adalah daripada iklan televisyen dari negara Thailand iaitu Cinta Dalam Diam. Video ini mengisahkan seorang pelajar perempuan yang mahukan ayah yang lebih sempurna fizikalnya. Dia selalu dibuli dan diejek kerana ayahnya seorang yang bisu dan pekak. Ayahnya pula seorang yang penyayang dan suka mengambil berat kepada anak perempuannya. Dia berasa sungguh tertekan kerana mempunyai seorang ayah yang bisu dan pekak.
            Akhirnya dia membuat keputusan untuk membunuh diri dengan mengelar urat tangannya. Ayahnya memasuki bilik anaknya dan terlihat anak perempuannya itu rebah di atas lantai kerana banyak kehilangan darah. Ayahnya begitu risau dan sanggup memberi apa-apa sahaja kepada doktor agar anaknya tidak meninggal dunia. Ayahnya itu menyuruh agar doktor mengambil darahnya untuk didermakan kepada anaknya. Setelah proses pendermaan darah berlaku, ayahnya pula terlantar di atas tilam. Anak perempuannya tersedar dan melihat ayahnya sakit dan tidak sedarkan diri demi menyelamatkan nyawa anaknya.
            Berdasarkan video klip itu, saya berasa sungguh sedih dan menangis terharu melihat pengorbanan seorang ayah demi menyelamatkan nyawa anaknya. Ayahnya sungguh baik dan selalu menasihati anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh dan itu membuat hati saya tersentuh. Saya berasa sungguh sebak apabila melihat babak ayahnya menyuruh doktor untuk mengambil darahnya, ‘take my blood !’. Ia membuat saya mengalir air mata terharu kasih sayangnya seorang ayah yang sanggup membuat apa-apa sahaja kepada anaknya perempuannya agar terus hidup. Iringan muzik piano dan gesekan biola sangat menyentuh qalbu. Ia mengajar saya supaya menyayangi kedua ibu bapa saya walaupun mereka mempunyai kekurangan fizikal. Video ini sungguh menyayat hati dan membuat emosi saya berasa sungguh sedih dan layu.
            Jika saya sebagai watak anak perempuannya itu, saya akan berasa sungguh kesal dan sedih kerana kehilangan orang tua kita yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi memastikan kita terus senang dan gembira. Saya seperti tidak dapat memaafkan kesalahan yang telah saya lakukan dan menyebabkan kehilangan kedua ibu bapa kita. Sebenarnya saya dapat merasakan sedikit keperitan yang dialami perempuan itu tetapi kita perlu mengawal perasaan dan menerima secara terbuka takdir dan ketentuan tuhan yang menimpa diri kita. 

Sakit tumit kaki...

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Sekarang ini saya ingin membuat refleksi harian yang berkaitan dengan emosi saya. Hari ini memang sangat2 buzy dan memenatkan. Aduhai... start dari pagi sampai pukul 6.30 ptg.. malam ni ada lagi kerja nak kena buat... Alamak stress nya hidup di sini. Tapi apakan daya, tanggungjawab perlu dilaksanakan dan ditepati.

Pagi tadi lebih kurang pukul 9, saya dan rakan2 sekelas pergi satu ceramah sejarah iaitu Bicara Pejuang Bangsa bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Memang banyak pengalaman manis dan pahit dikongsikan bersama oleh Mejar (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman dan Mejar (B) Ishak Bin Mohd Isa semasa memerangi komunis. Dr. Mardiana Binti Nordin bertindak sebagai pemudahcara yang merupakan penulis buku Pengajian Malaysia. Saya ada beli buku ini dan dapat melihat penulis buku itu secara live depan mata... Hehehe... orangnya masih muda dan ayu suaranya.

Kemudian kami dan sampai ke IPGKBM pada pukul 1.30 ptg. Saya bergegas untuk bersolat dan bersiap2 untuk berjumpa dengan En. Shamsul untuk mengurus bayaran piala pesta hoki. Sampai2 di sana, beliau sedang meeting dan saya menunggunya dengan begitu lama. Akhirnya saya berjumpa juga dan dapatlah bayaran RM 150 sebagai deposit piala tersebut. Saya pun bergegas pergi ke kedai piala dan meminta resit pembayaran. Saya menyerahkan resit terbabit tetapi beliau kata kena bagi pada En. Santaran pula. Ok2... Maka, jumpalah saya dengan En. Santaran. Beliau suruh saya jumpa pengarah untuk meminta duit tajaan.

Saya pun pergi lah ke Bilik Pengarah. Rupa2 nya pengarah meeting. Aduh2... penat berlari2 menguruskan psl piala ini. Saya tunggu demi tunggu demi tunggu.... sampailah 1 jam lebih menunggu... barulah pengarah dan timbalan pengarah sampai... Tumit sakit !!!!!! aduh2.... tapi apa2 pun lega lah sebab dpt jumpa pengarah. Sampai2... pengarah panggil masuk dan saya memberi penerangan kepada pengarah dan meminta bayaran trofi... tapi pengarah kata dia tiada duit sekarang... sepatutnya kena memberi dulu anggaran bajet supaya beliau bersiap sedia. Jadi, saya keluar dengan perasaan hampa sangat2... penat menunggu tapi tak sampai 5 minit sudah keluar....

Sebagai jalan penyelesaian, saya rujuk kepada En. Santaran dan beliau mengarahkan untuk mengambil duit daripada bendahari besok malam. Jadi saya terpaksa memberitahu kepada wakil kedai Rizal Trohy untuk menunda tarikh mengambil piala iaitu pada hari Sabtu. Saya pun pulang ke bilik dan terus membuat kerja kursus Kecerdasan Emosi. Sakit tumit kaki saya sebab terlalu lama berdiri....

Konklusinya,  emosi saya sangat bercampur-baur... stress sangat2 dan letih. Banyak kerja perlu di buat hari ini. Pada mulanya, saya sangat gembira kerana berjumpa secara live penulis buku Pengajian Malaysia. Tetapi apabila pulang ke IPGKBM dan berjumpa dengan pelbagai pensyarah. Saya berasa sangat letih dan penat. Saya berasa sangat bosan apabila terpaksa menunggu pengarah pulang dari meeting. Saya terpaksa menunggu sehingga 1 jam 1/2 setengah... Sakit tumit kaki saya.

Wednesday, 12 September 2012

Dilema o dilema...

Assalamualaikum dan selamat malam... yah2 memang lama dah tak jumpa dan bergossip-gossip ini. Memang banyak benda yang nk 'cerciter' tapi tak dapatlah nak cerita sekarang. Saya agak buzy minggu ini, minggu depan dan minggu-minggu seterusnya. Jadinya bagi refleksi kali ini, saya nak cerita serba sedikit mengenai emosi saya pada petang tadi.

Ceritanya bermula lebih kurang pukul 1.15 petang tadi, Zahrah cakap pada saya, "eh.. Syakirin kamu inovasi bawah Dr. Fatimah kah ?"... saya pon cakap "Ya... kenapa ?"... "Ooo... tadi Pn. Ramlah ada call saya tanya sama ada inovasi pedagogi kamu bawah  Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah ... Pn. Ramlah ingatkan kamu bawah dia... tapi Dr. Fatimah kata kamu bawah dia pula... so bagaimana ini ?" kata Zahrah pada saya di perpustakaan petang tadi.


Saya pun terus terdiam dan ingin meminta pandangan dari rakan sekumpulan inovasi saya tetapi jawapannya sememangnya menghancurkan hati saya.."speechless".... Mahu saja saya berhenti dari memasuki inovasi ini...Saya sebenarnya rasa serba salah sama ada inovasi kumpulan saya ini di bawah Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah. Tiga hari sebelum cuti hari Raya, saya berjumpa dengan Dr. Fatimah untuk berbincang mengenai inovasi. Dr. Fatimah memberi saya borang inovasi pedagogi dan menanyakan tajuk inovasi pada saya. Saya pun cakap kumpulan kami akan buat tajuk Tamadun Mesir. Borang tersebut perlu dihantar sebelum cuti hari Raya.


Satu hari sebelum cuti hari Raya, saya ingin menghantar borang terbabit pada Dr. Fatimah tetapi saya tidak jumpa beliau. Saya pun pergi ke Jabatan Kajian Sosial dan berbincang-bincang dengan Dr. Ramli dan Pn. Maimunah mengenai inovasi ini. Pn. Maimunah berpendapat agar saya berjumpa dengan Pn. Ramlah sebab beliau yang mengajar paper tersebut. Oleh itu, saya pun berbincang panjang lebar dengan Pn. Ramlah kira-kira satu jam lebih juga lah. Banyak input-input yang saya perolehi dalam membuat inovasi ini daripada beliau.


Jadinya, sekarang saya berasa dalam dilema sama ada saya sebenarnya di bawah Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah. Kalau saya di bawah Dr. Fatimah, apa pula kata Pn. Ramlah... tak sampai hati pula... tapi kalau saya di bawah Pn. Ramlah, apa pula kata Dr. Fatimah... aduh3... perasaan serba salah ini semakin menghantui saya.. Dilema o dilema.. saya mahukan kedua-duanya untuk menjadi pensyarah pembimbing inovasi saya ini. Tapi bagaimana ? boleh kah ?


Tuntasnya, emosi saya sekarang berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Saya berasa sungguh serba salah dan tidak senang duduk. Emosi saya sangat tertekan dan mahu saja nangis ini. Tambahan pula, banyak perkara yang saya perlu fikirkan dan diselesai dalam masa terdekat ini seperti kerja kursus sejarah dan pendidikan luar, pesta hoki IPGM-MILO, pendidikan luar dan sebagainya... sekarang ini masalah inovasi pula, jadinya saya perlu banyak bersabar dan memohon pada Allah agar semua masalah ini ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk saya laluinya. Justeru, saya berharap inovasi ini saya akan dapat saya hasilkan dengan jayanya dengan bantuan yang sewajarnya daripada rakan-rakan sekumpulan saya. Sekian, terima kasih.

Saturday, 21 July 2012

Malam 1 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada anda semua. Pada malam ini dah masuk tanggal 2 di bulan Ramadhan. Macam mane berbuka puasa tadi ? makan ape ? ehhehe..... Baiklah, hari ini saya nak update status baru untuk minggu ini. Tugasan update-update status ini sebenarnya untuk memenuhi keperluan subjek Kecerdasan Emosi. Pada malam ini, saya nak ceritalah sikit pengalaman dan perasaan saya pada hari Jumaat lepas kepada anda semua. Urmm... semua peristiwa yang saya post sebelum-sebelum ini pun hari Jumaat. Hahaha... takper laa yerk... layan jak.

Lepas saya balik sembahyang Jumaat, suasana asrama agak bising sedikit. Rupa-rupanya, ramai pelajar semenanjung dekat sini berkemas untuk balik ke kampung mereka. Oooo... patutlah... ramai juga orang tanya dekat saya, "kau balik tak Syakirin ?", "ehh.. tak balik kampung ker ?", dan sewaktu dengan nyer.. saya pun menjawab, "Urmm... tak, minggu lepas dah balik". Rata-rata orang yang tanya saya itu terkejut. "Laaa, napa tak balik ? ruginya.. Rumahkan dekat. Abang ni tak dapat balik sebab tak dew tiket untuk "mai" datang KL nanti." kata abang Abey pada saya. Saya pun bercakap dalam hati, "betul juga, tak pew laa... nanti next time balik".

Suasana yang bising dan riang itu lama-kelamaan bertukar menjadi sunyi dan suram di aras 9. "Aduhh... semua orang banyak dah balik. Tinggal berapa kerat jep yang ada dekat sini. Rugi nya tak balik minggu ni." kata saya pada diri saya sendiri. Kawan-kawan saya sekelas pun ramai yang balik.. such as Habib, Kamsul, Aizat, dan lain-lain. Bagi menghilangkan rasa sedih ini, saya dan Nazrul pun keluar pergi Midvalley untuk membeli barang keperluan untuk sahur dan berbuka puasa.

Malam itu iaitu 1 Ramadhan, saya mesej kepada ibu saya ... "Assalamualaikum... kirin nak wish kepada mak dan semua yang ada dekat rumah tuh.... selamat berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak".... sayu rasenyer malam tuh.... :'(

Mak saya pun balas,... "aa..mak pon... jgn x sahur nanti kurus..". Sedih-sedih.... hampir meleleh air mata ini. Ok lah setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Dah tak tahan nak berjurai nie...  :'(

Kesimpulannya, saya sangat sedih waktu ini. Pada mulanya saya berasa sedikit ok. Tapi lama-kelamaan, hati ini rasa menyesal sebab tidak balik pulang ke rumah untuk menyambut puasa di sisi keluarga. Saya semakin berasa sedih dan sunyi apabila aras saya iaitu aras 9 semakin suram kerana ramai yang pulang petang itu. Saya cuba untuk mengawal emosi saya dan cuba untuk tidak berasa sedih dengan cara saya pergi Midvalley dan beli barang di sana. Tetapi, saya berasa lagi sedih apabila malam 1 Ramadhan tiba dan wish kepada mak saya sebab tidak pulang. Lagi lah sedih apabila mak saya balas,..."aa..mak pon... jgn x sahur nanti kurus.."....  Sekian, terima kasih... :'(


Sunday, 15 July 2012

Kunci & Si Mulut Tempayan

Assalamualaikum dan selamat petang. Seperti biasa, post yang saya tulis ini adalah sebahagian daripada tugasan bagi subjek Kecerdasan Emosi. Untuk minggu ke-3 ini, saya ingin menceritakan peristiwa yang berlaku semasa saya ingin pulang ke kampung pada hari Jumaat yang lepas. 

Selepas pulang dari solat Jumaat, saya berasa sungguh bersemangat untuk bersiap-siap pulang ke kampung. Malangnya, pintu bilik saya terkunci dan saya tidak membawa kunci bilik. Saya mencari-cari dan menunggu-nunggu kepulangan roomate saya yang bernama Suhaime agar dia membuka pintu bilik kami. Entahlah mana dia sudah pergi. Saya terpaksa bersabar dan bersabar menunggu dia balik. Saya pun pergi ke tangga kecemasan dan mengambil angin di luar sana. Tiba-tiba, saya ternampak roomate saya di bawah sana sedang berjalan menuju ke arah asrama sambil membawa buluh. Rupa-rupanya dia pergi ke bilik seni untuk mengambil buluh bagi membuat wau.

Saya pun packing dan berjalan menaiki tren menuju ke Bandar Tasik Selatan. Setibanya di sana, saya membeli tiket dan memasuki bas untuk pulang ke rumah. Perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan menuju ke Muar mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Bas mula bertolak pada pukul 5 petang. Di dalam bas, kerusi yang saya duduk terletak di belakang kerusi 2 orang perempuan Cina. Di sebelah 2 orang perempuan Cina tersebut terdapat seorang lagi perempuan Cina. Mereka ini membuat bising dan bercakap-cakap dengan suara yang agak kuat.

Saya hanya mampu bersabar dan buat tidak tahu dengan suara yang bingit itu. Oleh kerana kepenatan sangat, saya tertidur di dalam bas itu lebih kurang 1 jam. Saya tersedar dari tidur kerana terdengar suara orang bercakap dengan kuat. Rupa-rupanya perempuan Cina tersebut yang membuat bising. Saya berasa sangat marah dan ingin saja tampar mukanya. Mulutnya memang kecoh macam mulut tempayan. Memekak saja kerja dia macam mulut murai. "Cot cet cot cet".

Kesabaran saya tidak dapat tahan lagi. Saya pun cakap pada salah seorang perempuan Cina itu dengan nada yang agak garang dan tegas, "Excuse me, boleh diam tak ?". Perempuan Cina itu agak blur sedikit dan cakap, "aaaa.. ?". Saya pon ulangi perkataan tersebut dengan nada yang lagi tegas, "Diam !!!". Lalu mereka semua terus terdiam dan senyap sehinggalah sampai di stesen bas Muar. Mereka hanya cakap sekali-sekala dan itu pun secara bisik-bisik. Saya rasa dia tengah mengutuk sayalah tuh. Dalam hati saya berkata, "ada aku kisah ?". Setelah sampai di Stesen Bas Bentayan Muar, saya pun keluar dan menaiki kereta ibu saya. Saya sampai di rumah lebih kurang pukul 8.10 minit malam. 

Tuntasnya, emosi saya bermula dengan gembira dan bersemangat. Kemudian bertukar menjadi bosan kerana saya terpaksa menunggu roomate saya pulang dari bilik seni sebelum saya dapat memasuki bilik kami. Saya tidak dapat menahan emosi saya apabila saya bercakap pada perempuan Cina itu, "Excuse me, boleh diam tak ?" dan "Diam !!!". Saya memang tidak boleh tahan dengan mulut si murai itu. Bayangkan, dari mula masuk bas dan hendak sampai ke Muar, mulut dia bising dan tidak berhenti-henti bercakap. Semua orang tidak boleh tahan. Kalau saya tidak boleh tahan emosi sangat-sangat, sudah lama tangan ini melayang ke mukanya. Padan muka muka dia. Dah..dah.. malas saya nak cerita pasal dia. Sekian, terima kasih.

Friday, 6 July 2012

Transit, Petai & Penjaga Bank

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Bertemu lagi kita untuk post yang pertama untuk minggu kedua. Ini bermakna sudah 2 post lah saya buat dalam blog ini bagi memenuhi tugasan setiap minggu subjek Kecerdasan Emosi. Hehe.. Pada malam ini, saya ingin menceritakan sedikit banyak pengalaman yang saya timba pada petang tadi bersama saya punya Best Friend  iaitu Habib atau nama glamornya Nicki Habib. Hahaha... gurau-gurau aja.

Selepas pulang dari sembahyang Jumaat, saya bersiap-siap menemankannya pergi ke kedai cermin mata di Sungai Besi. Saya dan dia menaiki LRT Putra di stesen Universiti menuju ke stesen KL Sentral. Setibanya di sana, Habib mengajak saya untuk membeli tiket menaiki KLIA Transit. Ini adalah pengalaman pertama saya menaiki KLIA Transit menuju ke Bandar Tasik Selatan. Sebelum ini, saya hanya balik kampung menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan hanya menaiki LRT Star sahaja yang mengambil masa sekitar 35 minit. Apabila saya menaiki KLIA Transit, ia hanya mengambil masa 7 minit 12 saat. Ia merupakan satu rekod baru dan saya berasa sungguh teruja kerana berjaya sampai di BTS/TBS dengan express, selesa dan selamat.

Selepas itu, saya dan Habib membeli tiket LRT menuju ke Sungai Besi. Setibanya di sana, kami berjalan kaki menyeberang jejantas, menyeberang jalan dan macam-macam agi untuk sampai ke kedai cermin mata tersebut. Penat saya dibuatnya. Kami disambut dengan sapaan yang mesra oleh pekerja di kedai itu. Untuk cermin mata itu siap dibetulkan, ia mengambil masa lebih kuraang 1 jam. Oleh itu, kami bersetuju untuk kembali ke kedai itu dalam masa 1 jam lagi. Kami pun pergi makan ABC dan rojak di gerai berdekatan. Sedang saya enak menjamu ABC, tiba-tiba buah petai yang sudah kering jatuh berhampiran dengan ABC saya itu. Nasib baik buah petai kering itu tidak masuk dalam ABC saya itu, kalau tak, saya sudah sepak-sepak pokok petai tersebut. 

Kami berjalan-jalan sekitar pekan kecil di Sungai Besi dan cuba mencari Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendepositkan duit Habib. Sampai dihadapan pintu bank terbabit, saya ditanya oleh seorang penjaga bank berkenaan. "Aaa... ada apa datang sini ?"....dalam hati saya berbisik, "Hello, suka hati sayalah nak pergi bank. Tak payah masuk campur urusan saya. Tak kan laa pergi bank nak beli ABC kot ? Nak keluarkan atau masukkan duit laa.". Hendak saja saya jerit depan dia tapi kesianlah pula. Saya sebenarnya agak pelik dengan pertanyaan penjaga bank terbabit kerana seumur hidup saya apabila pergi ke bank, tidak pula ditanya tujuan pergi ke bank. Saya menjawab, " Kami nak deposit duit....".  Penjaga itu pon memberi kami laluan untuk masuk ke dalam bank berkenaan. Malangnya, bank terbabit tidak mempunyai mesin cash deposit. Kami pun keluar dan terus menuju ke kedai cermin mata tadi.

Kesimpulannya, emosi saya pada petang tadi agak pelbagai. Pada mulanya saya berasa sungguh gembira dan teruja. Buktinya, saya begitu teruja apabila dapat menaiki KLIA Transit for the first time dan memecah  rekod sampai di Bandar Tasik Selatan dalam masa 7 minit 12 saat. Ia merupakan satu catatan masa baru bagi saya dan setimbal dengan harga tiketnya iaitu RM4.20. Kemudiannya, emosi saya agak marah sedikit kerana buah petai kering itu hampir masuk ke dalam ABC saya. Saya mampu mengawal emosi dan tidak sepak-sepak pokok terbabit kerana buah petai kering itu tidak landing dalam ABC saya, kalau tak, tak tahulah macam mana kan. Saya bertambah benggang dan pelik bin ajaib apabila penjaga bank pula buat hal. Sibuk-sibuk sahaja dia itu. Saya bersabar dan cover apabila bercakap dengan sopan dengan penjaga bank terbabit dengan memberi tahu yang kami mahu deposit duit. Sekian, terima kasih.

Tuesday, 3 July 2012

Kacang & Jentolak

Assalamualaikum dan selamat petang. Pada hari ini, saya berasa sungguh excited untuk menulis satu pengalaman, peristiwa atau kisah yang berlaku pada setiap minggu di dalam blog saya sendiri. Tugasan yang saya buat ini adalah untuk subjek Kecerdasan Emosi. Untuk post yang pertama ini, peristiwanya berlaku pada hari Jumaat yang lepas. Setelah saya selesai menunaikan solat Jumaat, saya pulang ke bilik dalam keadaan yang penat dan berpeluh-peluh kerana cuaca yang panas terik. Saya pun menyalin baju dan mula menjejakkan badan ke atas tilam. Saya baring dan cuba melelapkan mata. 

Tiba-tiba bunyi-bunyian dari tapak pembinaan mula kedengaran. "Tung...tang...tung...tang". Semakin lama bunyi terbabit semakin kuat dan membingitkan telinga. Saya berasa marah dan kurang selesa. Saya bangun dari katil dan menuju ke tepi tingkap saya dan menjerit, "Oii, diamlah !". Tapi bunyi terbabit masih berbunyi. Oleh itu, saya kembali ke atas tilam saya dan mengambil selimut tebal saya itu dan menutup telinga saya. Bunyi itu masih juga kedengaran. Saya membuat keputusan untuk tidak jadi tidur dan mula memikirkan sesuatu untuk dilakukan pada petang hari terbabit. 

"Hendak baca buku tak boleh, hendak berfacebook tak boleh, jadi apa saya mahu buat ? Haaa... makan kacang !". Saya pun membuka laci meja saya dan mengambil 2 bungkus kacang yang saya beli di cafe tempoh hari. Kacang itu saya nikmati satu persatu sehingga habis sambil memikirkan kelazatannya. Apabila kacang itu habis, tiba-tiba otak saya terus automatic memikirkan bunyi-bunyian yang datang dari tapak pembinaan itu. 

Tanpa melengahkan masa, saya keluar bilik dan menuju ke tangga kecemasan. Saya mencari dari arah manakah bunyi terbabit. Saya memerhati ke bawah dan melihat sebuah jentolak sedang mengali tanah. Pada mulanya ingin saja saya bakar itu jentolak. Saya duduk dan memerhati jentolak itu mengali tanah, menimbus pasir dan sebagainya. Tanpa saya sedari, sudah 30 minit saya duduk terpaku sambil memerhatikan jentolak itu mengali tanah. Saya pun pulang ke bilik lalu mengambil tuala dan barang mandian untuk mandi.

Kesimpulannya, berdasarkan kisah ini saya masih lagi sihat kerana masih lagi boleh beremosi seperti gembira, sedih, marah dan sebagainya. Pada mulanya, saya tidak dapat control emosi apabila mendengar bunyi yang bising itu. Buktinya, saya menjerit kearah luar tingkap bilik saya iaitu "Oii, diamlah !". Saya sepatutnya lebih cool dan bertindak secara profesional. Saya juga dapat melupakan semua bunyi bising itu apabila memakan sesuatu yang digemari. Dalam hal ini, saya memakan snek kegemaran saya iaitu kacang. Emosi saya mulai tenang dan seronok kerana sibuk memikirkan kelazatan kacang tersebut. Tapi setelah kacang itu habis, emosi saya kembali marah dan tidak stabil apabila mendengar bunyi yang bising itu. Akhirnya, emosi saya kembali stabil apabila terpesona melihat jentolak mengali tanah. Buktinya, saya duduk terpaku hampir 30 minit melihat jentolak itu mengali tanah. Ia mengingatkan saya bermain korek dan timbus tanah sewaktu kecil-kecil dahulu. Sekian, terima kasih. (^_^)