Tiba-tiba bunyi-bunyian dari tapak pembinaan mula kedengaran. "Tung...tang...tung...tang". Semakin lama bunyi terbabit semakin kuat dan membingitkan telinga. Saya berasa marah dan kurang selesa. Saya bangun dari katil dan menuju ke tepi tingkap saya dan menjerit, "Oii, diamlah !". Tapi bunyi terbabit masih berbunyi. Oleh itu, saya kembali ke atas tilam saya dan mengambil selimut tebal saya itu dan menutup telinga saya. Bunyi itu masih juga kedengaran. Saya membuat keputusan untuk tidak jadi tidur dan mula memikirkan sesuatu untuk dilakukan pada petang hari terbabit.
"Hendak baca buku tak boleh, hendak berfacebook tak boleh, jadi apa saya mahu buat ? Haaa... makan kacang !". Saya pun membuka laci meja saya dan mengambil 2 bungkus kacang yang saya beli di cafe tempoh hari. Kacang itu saya nikmati satu persatu sehingga habis sambil memikirkan kelazatannya. Apabila kacang itu habis, tiba-tiba otak saya terus automatic memikirkan bunyi-bunyian yang datang dari tapak pembinaan itu.
Tanpa melengahkan masa, saya keluar bilik dan menuju ke tangga kecemasan. Saya mencari dari arah manakah bunyi terbabit. Saya memerhati ke bawah dan melihat sebuah jentolak sedang mengali tanah. Pada mulanya ingin saja saya bakar itu jentolak. Saya duduk dan memerhati jentolak itu mengali tanah, menimbus pasir dan sebagainya. Tanpa saya sedari, sudah 30 minit saya duduk terpaku sambil memerhatikan jentolak itu mengali tanah. Saya pun pulang ke bilik lalu mengambil tuala dan barang mandian untuk mandi.
Kesimpulannya, berdasarkan kisah ini saya masih lagi sihat kerana masih lagi boleh beremosi seperti gembira, sedih, marah dan sebagainya. Pada mulanya, saya tidak dapat control emosi apabila mendengar bunyi yang bising itu. Buktinya, saya menjerit kearah luar tingkap bilik saya iaitu "Oii, diamlah !". Saya sepatutnya lebih cool dan bertindak secara profesional. Saya juga dapat melupakan semua bunyi bising itu apabila memakan sesuatu yang digemari. Dalam hal ini, saya memakan snek kegemaran saya iaitu kacang. Emosi saya mulai tenang dan seronok kerana sibuk memikirkan kelazatan kacang tersebut. Tapi setelah kacang itu habis, emosi saya kembali marah dan tidak stabil apabila mendengar bunyi yang bising itu. Akhirnya, emosi saya kembali stabil apabila terpesona melihat jentolak mengali tanah. Buktinya, saya duduk terpaku hampir 30 minit melihat jentolak itu mengali tanah. Ia mengingatkan saya bermain korek dan timbus tanah sewaktu kecil-kecil dahulu. Sekian, terima kasih. (^_^)

No comments:
Post a Comment