Hello...

Welcome
to my blog... (^_^)

Friday, 6 July 2012

Transit, Petai & Penjaga Bank

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Bertemu lagi kita untuk post yang pertama untuk minggu kedua. Ini bermakna sudah 2 post lah saya buat dalam blog ini bagi memenuhi tugasan setiap minggu subjek Kecerdasan Emosi. Hehe.. Pada malam ini, saya ingin menceritakan sedikit banyak pengalaman yang saya timba pada petang tadi bersama saya punya Best Friend  iaitu Habib atau nama glamornya Nicki Habib. Hahaha... gurau-gurau aja.

Selepas pulang dari sembahyang Jumaat, saya bersiap-siap menemankannya pergi ke kedai cermin mata di Sungai Besi. Saya dan dia menaiki LRT Putra di stesen Universiti menuju ke stesen KL Sentral. Setibanya di sana, Habib mengajak saya untuk membeli tiket menaiki KLIA Transit. Ini adalah pengalaman pertama saya menaiki KLIA Transit menuju ke Bandar Tasik Selatan. Sebelum ini, saya hanya balik kampung menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan hanya menaiki LRT Star sahaja yang mengambil masa sekitar 35 minit. Apabila saya menaiki KLIA Transit, ia hanya mengambil masa 7 minit 12 saat. Ia merupakan satu rekod baru dan saya berasa sungguh teruja kerana berjaya sampai di BTS/TBS dengan express, selesa dan selamat.

Selepas itu, saya dan Habib membeli tiket LRT menuju ke Sungai Besi. Setibanya di sana, kami berjalan kaki menyeberang jejantas, menyeberang jalan dan macam-macam agi untuk sampai ke kedai cermin mata tersebut. Penat saya dibuatnya. Kami disambut dengan sapaan yang mesra oleh pekerja di kedai itu. Untuk cermin mata itu siap dibetulkan, ia mengambil masa lebih kuraang 1 jam. Oleh itu, kami bersetuju untuk kembali ke kedai itu dalam masa 1 jam lagi. Kami pun pergi makan ABC dan rojak di gerai berdekatan. Sedang saya enak menjamu ABC, tiba-tiba buah petai yang sudah kering jatuh berhampiran dengan ABC saya itu. Nasib baik buah petai kering itu tidak masuk dalam ABC saya itu, kalau tak, saya sudah sepak-sepak pokok petai tersebut. 

Kami berjalan-jalan sekitar pekan kecil di Sungai Besi dan cuba mencari Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendepositkan duit Habib. Sampai dihadapan pintu bank terbabit, saya ditanya oleh seorang penjaga bank berkenaan. "Aaa... ada apa datang sini ?"....dalam hati saya berbisik, "Hello, suka hati sayalah nak pergi bank. Tak payah masuk campur urusan saya. Tak kan laa pergi bank nak beli ABC kot ? Nak keluarkan atau masukkan duit laa.". Hendak saja saya jerit depan dia tapi kesianlah pula. Saya sebenarnya agak pelik dengan pertanyaan penjaga bank terbabit kerana seumur hidup saya apabila pergi ke bank, tidak pula ditanya tujuan pergi ke bank. Saya menjawab, " Kami nak deposit duit....".  Penjaga itu pon memberi kami laluan untuk masuk ke dalam bank berkenaan. Malangnya, bank terbabit tidak mempunyai mesin cash deposit. Kami pun keluar dan terus menuju ke kedai cermin mata tadi.

Kesimpulannya, emosi saya pada petang tadi agak pelbagai. Pada mulanya saya berasa sungguh gembira dan teruja. Buktinya, saya begitu teruja apabila dapat menaiki KLIA Transit for the first time dan memecah  rekod sampai di Bandar Tasik Selatan dalam masa 7 minit 12 saat. Ia merupakan satu catatan masa baru bagi saya dan setimbal dengan harga tiketnya iaitu RM4.20. Kemudiannya, emosi saya agak marah sedikit kerana buah petai kering itu hampir masuk ke dalam ABC saya. Saya mampu mengawal emosi dan tidak sepak-sepak pokok terbabit kerana buah petai kering itu tidak landing dalam ABC saya, kalau tak, tak tahulah macam mana kan. Saya bertambah benggang dan pelik bin ajaib apabila penjaga bank pula buat hal. Sibuk-sibuk sahaja dia itu. Saya bersabar dan cover apabila bercakap dengan sopan dengan penjaga bank terbabit dengan memberi tahu yang kami mahu deposit duit. Sekian, terima kasih.

1 comment: