Hello...

Welcome
to my blog... (^_^)

Saturday, 8 November 2014

Texas Chicken di Mid Valley

Assalamualaikum...

Lama sudah dah tak buat status.. Huhu busy oii.. Rasa malas je nak menaip.. Tak bolehlah nak jadi blogger aktif kalau cenggini... Haha

Well, hari ini hari Sabtu... Memang boring, lebih2 lagi tengah study week ni.. next week exam hari Khamis.. So aku p ler Mid Valley. Jalan sana, jalan sini. Bosan kot.. Sorang2 pula tu.. errr...



Lepas dah puas jalan2.. Lapar la pulak.. Ternampak aa kedai makan ni baru2 jugak bukak... Namanya Texas Chicken. Macam nak try aa... Mula2 aku cam malas je nak beratur sebab ramai orang tengah beratur nak order makanan.. So pergi la KFC, rupa2nya KFC lagi ramai beratur.. Haha.. Patah la balik p Texas Chicken tu... Beratur.. Beratur... Beratur.. Lama la jugak..

Kini tibalah giliran aku.. So order la satu set (bungkus) ..  ada ayam 3 ketul, 1 biskut (ala2 roti), coleslaw, kentang putar dan air.... Harga RM14 something.. tp aku  plus + jugak dengan fries ok.. tambah lagi RM3 something... total RM18 brape posen tah tadi..


Lebih kurang gini aa... ni aku amik google jep.. mls nk snap pic tadi.. haha

Sebenarnya tadi aku suruh akak tu tukarkan coleslaw dengan kentang putar, dia kata ok.. tp bila aku check masa balik tengok2 coleslaw jugak..., Aduhai.. sabo je la akak oii.. xpew2..

So makan2 la aku utk lauk dinner daripada Texas Chicken ni... Rasanya lebih kurang macam KFC la ayamnya.. Tp lebih sedap berbanding ayam Mary Brown or A&W... Realiti..!! Cuma aku x berapa suka packaging Texas Chicken ni.. Box untuk letak ayam ni lembik sangat... terburai kelayuan ayam aku dalam box tu.. Haha.. Maybe Texas Chicken ni perlu belajar sikit daripada KFC bab2 packaging ni,.. Tp boley tahan exclusive jugak la packaging utk fries tu.. ada pro n kontra jugak aa..

Apa2 pun.. korang boley la try makan sama ada makan or bungkus dekat Texas Chicken ni... Boley try.. Bagi aku ok jep.. Ala2 KFC juga.. Sekian...

Sunday, 17 August 2014

Komonoya Osaka Japan... Kedai Ala2 Daiso ?

Assalamualaikum...
Perghh... Baru semalam updated status.. Hari dah nak update satu lagi ?... Haha... Biasalah terlebih semangat... Macam biasalah, saya tulis entri baru ini pastinya ada sesuatu yang ingin disampaikan. Betul tak ? -_- ... no respon !

Baiklah, hari ini hari Ahad. Hari cuti hujung minggu, hari untuk rehat-rehat... atau digelar sebagai 'lazy Sunday'.. Macam biasa.. aktiviti hujung minggu saya adalah SHOPPING !!.. #xde ape pon dibelinya #duit takde #window shopping je lah...

Bukan apa, bosan juga duduk terperap dalam bilik di asrama tu.. seminggu sekali tak salah rasanya kalau pergi jalan-jalan dekat tempat feberett tak lain tak bukan Mid Valley. Alahai, kos pengangkutan nak pergi sana pun murah, RM1.00 sahaja (naik bas RapidKL). Haha..

Jadi window shopping lah saya sorang2 kat Mid tuh.. Dah tak ada yang nak 'teman'... Haha.. Jalan sana, jalan sini.. tengok sana, tengok sini.. singgah jap Daiso Japan RM5.. terbeli barang sikit.. 




Cadang2 nak beli barang lain, tapi barang lain pulak... tapi apa-apapun.. sangat2 puas hati.. terutama yang box tu.. tinggal satu set sahaja yang ada... apa lagi cepat2 grab.. semua orang tengok je.. #mamat ni amik box tu dekat mana.. nak jugak !... #hihi


Hah.. tuh dia.. yang box tuh RM15 (3 brg yg berasingan)

Jadinya, hari ini sahaja saya sudah menghabiskan duit sebanyak RM25 kot dekat Daiso je.. perghh sayang2.. tapi tak apa.. baik beli sebelum orang lain beli... nantikang ada jugak yang tak dapat tidur asyik fikir2 kenapa tak beli.. Haha... yang stand Happy Birthday tuh.. ada rancangan lain nak guna..#hehe #secret... manakala yang stand hitam tu pulak untuk letak barang kecik2.. #secret jugak.. #haha

Selepas itu, tengah2 jalan sana-sini menuju nak pergi Hinode Shop pulak... Eh... Eh... Eh.... Eh3... Nampak sesuatu lah... Ada kedai baru... Awat ramai sangat ni.. rasanya dulu sini kedai jual2 selimut2 bagai... ehhh dah bertukar lah... jual barang2 feberett aku jugak lah... Namanya Komonoya Osaka Japan.. Abis laa... #hihi #port baru..  Kedai ni saling tak tumpah macam Daiso Japan RM5 tu... Harga barang dalam Komonoya ni jugak RM5 !!.. 


Saya tak sempat nak snap pic... tapi sama cam ni jugak la..
Barang2 dalam kedai ni pun hampir sama macam Daiso tu.. Cuma ada lain sikit laa... dan more choice untuk saya lah nak shopping dekat mana lepas ni.. Kedai ni betul2 sebelah Hinode Shop.. Jadinya lepas ni boleh la ramai-ramai serang kedai Komonoya ni.. Cuci-cuci mata.. Kalau ada berkenan tu, paham2 lah.. #haha #beli barang yang perlu sahaja #jangan membazir


Terbeli pulak... RM10 lagi melayang.. Hahaha
Saya ni kalau dah singgah.. mesti nak beli sikit... paling kurang satu pun jadilah... Nak dijadikan kisah.. Saya dah ternampak benda yg kat atas ni.. pastu ada sorang mak cik ni belek2 benda tu.. Dia pikir2 nak beli ke x.. Dalam hati ku... 'plezz jangan ambik... benda tuh tinggal satu je.. aku nak amik'.. Pastu mak cik tu letak balik.. so saya pusing2 sat dekat almari sebelah tu sambil memerhati orang lain.. kot2 nak amik ke.. tup2.. line clear... cepat saya pergi sebelah mak cik tuh.. terus grab satu... eh.. eh.. eh... nampak satu lagi la... grab lagi satu... Mak cik sebelah tu pandang aku... maybe dia pun nak ambik tapi tak dapat.. sape suruh lambat... dalam hati ku... 'Ada aku kesah ?'... hahahah

Benda2 yang saya beli dekat atas ni... ada 'projek' khas nak guna... hhihi .. sangat2 berbaloi.. total shopping RM35 la.. pastu makan2 lagi dah RM15.. Jumlah lebur RM50.. Huh... seminggu RM50.. shopping sebulan dah RM200... bankrap gini... elaun sebulan RM700 je.. #duit makan #duit buku #duit simpanan..... kena jimat2 pasni.. Haha.. ok... Sampai sini dulu hari ini... Assalamualaikum..

Saturday, 16 August 2014

Hello... I'm back 2014 !


Assalamualaikum...



Hello... I'm back 2014 !  

haha.. itulah 'trademark' baru untuk 'comeback' balik setelah sekian lama meninggalkan 'industri' ini... itulah lama sungguh sudah tak menulis blog ni... paling last pun 2 tahun lepas iaitu Cinta dalam Diam (13 September 2012). Well saya come back ni balik pun maybe sebab rindu sangat nak menulis kot... puuiii.. #assigmnt tak siap lagi #penulisan sejarah belum sentuh lagi #mengada #takde keje 


Baiklah.. lagu tema untuk blog ini pun dah tukar jugak tau... kalau dulu Taylor Swift-Ours... sekarang Taylor Swift jugak... tapi lagu lain... tajuknya 22.. maklumlah tak lama lagi nak 22 years old... #rasanya baru nak masuk 21... haahaha



Mungkin ramai yang belum kenal saya... puiiii... sekali lagi... haha.. saya cerita sikit pasal diri saya yer... Nama saya Muhammad Syakirin.. Saya sekarang tengah melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Major saya adalah Pengajian Sejarah. Minor 1 adalah Bahasa Melayu. Minor 2 saya adalah Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Ada baki 2 tahun lagi... Huh... lelah ni nak tungguh habis.. haha...



Sebelum itu, saya nak minta maaf dulu sebab walaupun saya dari IPG Kampus Bahasa Melayu tetapi ayat-ayat yang saya tulis di dalam blog ini tidaklah mengikut standard Bahasa Melayu yang betul.. insyaallah saya tengah berusaha untuk memperbaiki penggunaan bahasa semasa menulis dan bercakap dengan orang. Hihi



Sampai di sini sahaja dulu untuk entri Hello... I'm Back 2014 ! Kalau ada umur yang panjang saya sambung menulis lagi .. Assalamualaikum...

Thursday, 13 September 2012

Cinta dalam diam...



Analisis dan refleksi video clip pilihan.
           
            Video yang saya pilih untuk membuat refleksi mengenai kecerdasan emosi adalah daripada iklan televisyen dari negara Thailand iaitu Cinta Dalam Diam. Video ini mengisahkan seorang pelajar perempuan yang mahukan ayah yang lebih sempurna fizikalnya. Dia selalu dibuli dan diejek kerana ayahnya seorang yang bisu dan pekak. Ayahnya pula seorang yang penyayang dan suka mengambil berat kepada anak perempuannya. Dia berasa sungguh tertekan kerana mempunyai seorang ayah yang bisu dan pekak.
            Akhirnya dia membuat keputusan untuk membunuh diri dengan mengelar urat tangannya. Ayahnya memasuki bilik anaknya dan terlihat anak perempuannya itu rebah di atas lantai kerana banyak kehilangan darah. Ayahnya begitu risau dan sanggup memberi apa-apa sahaja kepada doktor agar anaknya tidak meninggal dunia. Ayahnya itu menyuruh agar doktor mengambil darahnya untuk didermakan kepada anaknya. Setelah proses pendermaan darah berlaku, ayahnya pula terlantar di atas tilam. Anak perempuannya tersedar dan melihat ayahnya sakit dan tidak sedarkan diri demi menyelamatkan nyawa anaknya.
            Berdasarkan video klip itu, saya berasa sungguh sedih dan menangis terharu melihat pengorbanan seorang ayah demi menyelamatkan nyawa anaknya. Ayahnya sungguh baik dan selalu menasihati anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh dan itu membuat hati saya tersentuh. Saya berasa sungguh sebak apabila melihat babak ayahnya menyuruh doktor untuk mengambil darahnya, ‘take my blood !’. Ia membuat saya mengalir air mata terharu kasih sayangnya seorang ayah yang sanggup membuat apa-apa sahaja kepada anaknya perempuannya agar terus hidup. Iringan muzik piano dan gesekan biola sangat menyentuh qalbu. Ia mengajar saya supaya menyayangi kedua ibu bapa saya walaupun mereka mempunyai kekurangan fizikal. Video ini sungguh menyayat hati dan membuat emosi saya berasa sungguh sedih dan layu.
            Jika saya sebagai watak anak perempuannya itu, saya akan berasa sungguh kesal dan sedih kerana kehilangan orang tua kita yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi memastikan kita terus senang dan gembira. Saya seperti tidak dapat memaafkan kesalahan yang telah saya lakukan dan menyebabkan kehilangan kedua ibu bapa kita. Sebenarnya saya dapat merasakan sedikit keperitan yang dialami perempuan itu tetapi kita perlu mengawal perasaan dan menerima secara terbuka takdir dan ketentuan tuhan yang menimpa diri kita. 

Sakit tumit kaki...

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Sekarang ini saya ingin membuat refleksi harian yang berkaitan dengan emosi saya. Hari ini memang sangat2 buzy dan memenatkan. Aduhai... start dari pagi sampai pukul 6.30 ptg.. malam ni ada lagi kerja nak kena buat... Alamak stress nya hidup di sini. Tapi apakan daya, tanggungjawab perlu dilaksanakan dan ditepati.

Pagi tadi lebih kurang pukul 9, saya dan rakan2 sekelas pergi satu ceramah sejarah iaitu Bicara Pejuang Bangsa bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Memang banyak pengalaman manis dan pahit dikongsikan bersama oleh Mejar (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman dan Mejar (B) Ishak Bin Mohd Isa semasa memerangi komunis. Dr. Mardiana Binti Nordin bertindak sebagai pemudahcara yang merupakan penulis buku Pengajian Malaysia. Saya ada beli buku ini dan dapat melihat penulis buku itu secara live depan mata... Hehehe... orangnya masih muda dan ayu suaranya.

Kemudian kami dan sampai ke IPGKBM pada pukul 1.30 ptg. Saya bergegas untuk bersolat dan bersiap2 untuk berjumpa dengan En. Shamsul untuk mengurus bayaran piala pesta hoki. Sampai2 di sana, beliau sedang meeting dan saya menunggunya dengan begitu lama. Akhirnya saya berjumpa juga dan dapatlah bayaran RM 150 sebagai deposit piala tersebut. Saya pun bergegas pergi ke kedai piala dan meminta resit pembayaran. Saya menyerahkan resit terbabit tetapi beliau kata kena bagi pada En. Santaran pula. Ok2... Maka, jumpalah saya dengan En. Santaran. Beliau suruh saya jumpa pengarah untuk meminta duit tajaan.

Saya pun pergi lah ke Bilik Pengarah. Rupa2 nya pengarah meeting. Aduh2... penat berlari2 menguruskan psl piala ini. Saya tunggu demi tunggu demi tunggu.... sampailah 1 jam lebih menunggu... barulah pengarah dan timbalan pengarah sampai... Tumit sakit !!!!!! aduh2.... tapi apa2 pun lega lah sebab dpt jumpa pengarah. Sampai2... pengarah panggil masuk dan saya memberi penerangan kepada pengarah dan meminta bayaran trofi... tapi pengarah kata dia tiada duit sekarang... sepatutnya kena memberi dulu anggaran bajet supaya beliau bersiap sedia. Jadi, saya keluar dengan perasaan hampa sangat2... penat menunggu tapi tak sampai 5 minit sudah keluar....

Sebagai jalan penyelesaian, saya rujuk kepada En. Santaran dan beliau mengarahkan untuk mengambil duit daripada bendahari besok malam. Jadi saya terpaksa memberitahu kepada wakil kedai Rizal Trohy untuk menunda tarikh mengambil piala iaitu pada hari Sabtu. Saya pun pulang ke bilik dan terus membuat kerja kursus Kecerdasan Emosi. Sakit tumit kaki saya sebab terlalu lama berdiri....

Konklusinya,  emosi saya sangat bercampur-baur... stress sangat2 dan letih. Banyak kerja perlu di buat hari ini. Pada mulanya, saya sangat gembira kerana berjumpa secara live penulis buku Pengajian Malaysia. Tetapi apabila pulang ke IPGKBM dan berjumpa dengan pelbagai pensyarah. Saya berasa sangat letih dan penat. Saya berasa sangat bosan apabila terpaksa menunggu pengarah pulang dari meeting. Saya terpaksa menunggu sehingga 1 jam 1/2 setengah... Sakit tumit kaki saya.

Wednesday, 12 September 2012

Dilema o dilema...

Assalamualaikum dan selamat malam... yah2 memang lama dah tak jumpa dan bergossip-gossip ini. Memang banyak benda yang nk 'cerciter' tapi tak dapatlah nak cerita sekarang. Saya agak buzy minggu ini, minggu depan dan minggu-minggu seterusnya. Jadinya bagi refleksi kali ini, saya nak cerita serba sedikit mengenai emosi saya pada petang tadi.

Ceritanya bermula lebih kurang pukul 1.15 petang tadi, Zahrah cakap pada saya, "eh.. Syakirin kamu inovasi bawah Dr. Fatimah kah ?"... saya pon cakap "Ya... kenapa ?"... "Ooo... tadi Pn. Ramlah ada call saya tanya sama ada inovasi pedagogi kamu bawah  Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah ... Pn. Ramlah ingatkan kamu bawah dia... tapi Dr. Fatimah kata kamu bawah dia pula... so bagaimana ini ?" kata Zahrah pada saya di perpustakaan petang tadi.


Saya pun terus terdiam dan ingin meminta pandangan dari rakan sekumpulan inovasi saya tetapi jawapannya sememangnya menghancurkan hati saya.."speechless".... Mahu saja saya berhenti dari memasuki inovasi ini...Saya sebenarnya rasa serba salah sama ada inovasi kumpulan saya ini di bawah Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah. Tiga hari sebelum cuti hari Raya, saya berjumpa dengan Dr. Fatimah untuk berbincang mengenai inovasi. Dr. Fatimah memberi saya borang inovasi pedagogi dan menanyakan tajuk inovasi pada saya. Saya pun cakap kumpulan kami akan buat tajuk Tamadun Mesir. Borang tersebut perlu dihantar sebelum cuti hari Raya.


Satu hari sebelum cuti hari Raya, saya ingin menghantar borang terbabit pada Dr. Fatimah tetapi saya tidak jumpa beliau. Saya pun pergi ke Jabatan Kajian Sosial dan berbincang-bincang dengan Dr. Ramli dan Pn. Maimunah mengenai inovasi ini. Pn. Maimunah berpendapat agar saya berjumpa dengan Pn. Ramlah sebab beliau yang mengajar paper tersebut. Oleh itu, saya pun berbincang panjang lebar dengan Pn. Ramlah kira-kira satu jam lebih juga lah. Banyak input-input yang saya perolehi dalam membuat inovasi ini daripada beliau.


Jadinya, sekarang saya berasa dalam dilema sama ada saya sebenarnya di bawah Dr. Fatimah atau Pn. Ramlah. Kalau saya di bawah Dr. Fatimah, apa pula kata Pn. Ramlah... tak sampai hati pula... tapi kalau saya di bawah Pn. Ramlah, apa pula kata Dr. Fatimah... aduh3... perasaan serba salah ini semakin menghantui saya.. Dilema o dilema.. saya mahukan kedua-duanya untuk menjadi pensyarah pembimbing inovasi saya ini. Tapi bagaimana ? boleh kah ?


Tuntasnya, emosi saya sekarang berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Saya berasa sungguh serba salah dan tidak senang duduk. Emosi saya sangat tertekan dan mahu saja nangis ini. Tambahan pula, banyak perkara yang saya perlu fikirkan dan diselesai dalam masa terdekat ini seperti kerja kursus sejarah dan pendidikan luar, pesta hoki IPGM-MILO, pendidikan luar dan sebagainya... sekarang ini masalah inovasi pula, jadinya saya perlu banyak bersabar dan memohon pada Allah agar semua masalah ini ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk saya laluinya. Justeru, saya berharap inovasi ini saya akan dapat saya hasilkan dengan jayanya dengan bantuan yang sewajarnya daripada rakan-rakan sekumpulan saya. Sekian, terima kasih.

Saturday, 21 July 2012

Malam 1 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada anda semua. Pada malam ini dah masuk tanggal 2 di bulan Ramadhan. Macam mane berbuka puasa tadi ? makan ape ? ehhehe..... Baiklah, hari ini saya nak update status baru untuk minggu ini. Tugasan update-update status ini sebenarnya untuk memenuhi keperluan subjek Kecerdasan Emosi. Pada malam ini, saya nak ceritalah sikit pengalaman dan perasaan saya pada hari Jumaat lepas kepada anda semua. Urmm... semua peristiwa yang saya post sebelum-sebelum ini pun hari Jumaat. Hahaha... takper laa yerk... layan jak.

Lepas saya balik sembahyang Jumaat, suasana asrama agak bising sedikit. Rupa-rupanya, ramai pelajar semenanjung dekat sini berkemas untuk balik ke kampung mereka. Oooo... patutlah... ramai juga orang tanya dekat saya, "kau balik tak Syakirin ?", "ehh.. tak balik kampung ker ?", dan sewaktu dengan nyer.. saya pun menjawab, "Urmm... tak, minggu lepas dah balik". Rata-rata orang yang tanya saya itu terkejut. "Laaa, napa tak balik ? ruginya.. Rumahkan dekat. Abang ni tak dapat balik sebab tak dew tiket untuk "mai" datang KL nanti." kata abang Abey pada saya. Saya pun bercakap dalam hati, "betul juga, tak pew laa... nanti next time balik".

Suasana yang bising dan riang itu lama-kelamaan bertukar menjadi sunyi dan suram di aras 9. "Aduhh... semua orang banyak dah balik. Tinggal berapa kerat jep yang ada dekat sini. Rugi nya tak balik minggu ni." kata saya pada diri saya sendiri. Kawan-kawan saya sekelas pun ramai yang balik.. such as Habib, Kamsul, Aizat, dan lain-lain. Bagi menghilangkan rasa sedih ini, saya dan Nazrul pun keluar pergi Midvalley untuk membeli barang keperluan untuk sahur dan berbuka puasa.

Malam itu iaitu 1 Ramadhan, saya mesej kepada ibu saya ... "Assalamualaikum... kirin nak wish kepada mak dan semua yang ada dekat rumah tuh.... selamat berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak".... sayu rasenyer malam tuh.... :'(

Mak saya pun balas,... "aa..mak pon... jgn x sahur nanti kurus..". Sedih-sedih.... hampir meleleh air mata ini. Ok lah setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Dah tak tahan nak berjurai nie...  :'(

Kesimpulannya, saya sangat sedih waktu ini. Pada mulanya saya berasa sedikit ok. Tapi lama-kelamaan, hati ini rasa menyesal sebab tidak balik pulang ke rumah untuk menyambut puasa di sisi keluarga. Saya semakin berasa sedih dan sunyi apabila aras saya iaitu aras 9 semakin suram kerana ramai yang pulang petang itu. Saya cuba untuk mengawal emosi saya dan cuba untuk tidak berasa sedih dengan cara saya pergi Midvalley dan beli barang di sana. Tetapi, saya berasa lagi sedih apabila malam 1 Ramadhan tiba dan wish kepada mak saya sebab tidak pulang. Lagi lah sedih apabila mak saya balas,..."aa..mak pon... jgn x sahur nanti kurus.."....  Sekian, terima kasih... :'(