Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada anda semua. Pada malam ini dah masuk tanggal 2 di bulan Ramadhan. Macam mane berbuka puasa tadi ? makan ape ? ehhehe..... Baiklah, hari ini saya nak update status baru untuk minggu ini. Tugasan update-update status ini sebenarnya untuk memenuhi keperluan subjek Kecerdasan Emosi. Pada malam ini, saya nak ceritalah sikit pengalaman dan perasaan saya pada hari Jumaat lepas kepada anda semua. Urmm... semua peristiwa yang saya post sebelum-sebelum ini pun hari Jumaat. Hahaha... takper laa yerk... layan jak.
Lepas saya balik sembahyang Jumaat, suasana asrama agak bising sedikit. Rupa-rupanya, ramai pelajar semenanjung dekat sini berkemas untuk balik ke kampung mereka. Oooo... patutlah... ramai juga orang tanya dekat saya, "kau balik tak Syakirin ?", "ehh.. tak balik kampung ker ?", dan sewaktu dengan nyer.. saya pun menjawab, "Urmm... tak, minggu lepas dah balik". Rata-rata orang yang tanya saya itu terkejut. "Laaa, napa tak balik ? ruginya.. Rumahkan dekat. Abang ni tak dapat balik sebab tak dew tiket untuk "mai" datang KL nanti." kata abang Abey pada saya. Saya pun bercakap dalam hati, "betul juga, tak pew laa... nanti next time balik".
Suasana yang bising dan riang itu lama-kelamaan bertukar menjadi sunyi dan suram di aras 9. "Aduhh... semua orang banyak dah balik. Tinggal berapa kerat jep yang ada dekat sini. Rugi nya tak balik minggu ni." kata saya pada diri saya sendiri. Kawan-kawan saya sekelas pun ramai yang balik.. such as Habib, Kamsul, Aizat, dan lain-lain. Bagi menghilangkan rasa sedih ini, saya dan Nazrul pun keluar pergi Midvalley untuk membeli barang keperluan untuk sahur dan berbuka puasa.
Malam itu iaitu 1 Ramadhan, saya mesej kepada ibu saya ... "Assalamualaikum... kirin nak wish kepada mak dan semua yang ada dekat rumah tuh.... selamat berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak".... sayu rasenyer malam tuh.... :'(
Mak saya pun balas,... "aa..mak pon... jgn x sahur nanti kurus..". Sedih-sedih.... hampir meleleh air mata ini. Ok lah setakat ini sahaja entri untuk kali ini. Dah tak tahan nak berjurai nie... :'(
Kesimpulannya, saya sangat sedih waktu ini. Pada mulanya saya berasa sedikit ok. Tapi lama-kelamaan, hati ini rasa menyesal sebab tidak balik pulang ke rumah untuk menyambut puasa di sisi keluarga. Saya semakin berasa sedih dan sunyi apabila aras saya iaitu aras 9 semakin suram kerana ramai yang pulang petang itu. Saya cuba untuk mengawal emosi saya dan cuba untuk tidak berasa sedih dengan cara saya pergi Midvalley dan beli barang di sana. Tetapi, saya berasa lagi sedih apabila malam 1 Ramadhan tiba dan wish kepada mak saya sebab tidak pulang. Lagi lah sedih apabila mak saya balas,..."aa..mak pon... jgn x sahur nanti kurus..".... Sekian, terima kasih... :'(
jganlah sedey... samalah nasib kita.. abah sampai kate kalo boley abah nak terbang g kl amek sy....
ReplyDeleteok,.. sabar2... :)
Deletebila terasa sedih, kita simpankan dalam2 di dalam hati kita, dan ingat betapa kasih sayang mak tu terlalu mendalam untuk setiap anak-anak yang dilahirkan. hiduplah dengan menghargai rasa kasih syg pada org tua kita. Kita hidup tak lama. Ada masanya kita berada di sisi mereka, adakalanya, kita terpaksa berjauhan. Yang penting sentiasa berdoa utk kesejahteraan ibu bapa kita. doa anak yg soleh amat diharapkan oleh ibu bapa, bukan saja ketika mereka masih hidup, tetapi menjadi lebih bermakna setelah mereka tiada lagi di dunia ini.
ReplyDeleteyaa... insyaallah... :)
Deletenpe x blek...best woo...hehe...rilek ye...nnt blek taw...alala
ReplyDeleteyew...sokong2...
ReplyDeleteala sedeynyeeeeeeee.. cian2........ hahahahahaha xpe2 raya nanti balik ye....
ReplyDeletehihikkhik.... yep betul tuh... ko pon same yerk kamsul...
Deleteapa yang sama yer??? hahaha
Delete