Hello...

Welcome
to my blog... (^_^)

Sunday, 15 July 2012

Kunci & Si Mulut Tempayan

Assalamualaikum dan selamat petang. Seperti biasa, post yang saya tulis ini adalah sebahagian daripada tugasan bagi subjek Kecerdasan Emosi. Untuk minggu ke-3 ini, saya ingin menceritakan peristiwa yang berlaku semasa saya ingin pulang ke kampung pada hari Jumaat yang lepas. 

Selepas pulang dari solat Jumaat, saya berasa sungguh bersemangat untuk bersiap-siap pulang ke kampung. Malangnya, pintu bilik saya terkunci dan saya tidak membawa kunci bilik. Saya mencari-cari dan menunggu-nunggu kepulangan roomate saya yang bernama Suhaime agar dia membuka pintu bilik kami. Entahlah mana dia sudah pergi. Saya terpaksa bersabar dan bersabar menunggu dia balik. Saya pun pergi ke tangga kecemasan dan mengambil angin di luar sana. Tiba-tiba, saya ternampak roomate saya di bawah sana sedang berjalan menuju ke arah asrama sambil membawa buluh. Rupa-rupanya dia pergi ke bilik seni untuk mengambil buluh bagi membuat wau.

Saya pun packing dan berjalan menaiki tren menuju ke Bandar Tasik Selatan. Setibanya di sana, saya membeli tiket dan memasuki bas untuk pulang ke rumah. Perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan menuju ke Muar mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Bas mula bertolak pada pukul 5 petang. Di dalam bas, kerusi yang saya duduk terletak di belakang kerusi 2 orang perempuan Cina. Di sebelah 2 orang perempuan Cina tersebut terdapat seorang lagi perempuan Cina. Mereka ini membuat bising dan bercakap-cakap dengan suara yang agak kuat.

Saya hanya mampu bersabar dan buat tidak tahu dengan suara yang bingit itu. Oleh kerana kepenatan sangat, saya tertidur di dalam bas itu lebih kurang 1 jam. Saya tersedar dari tidur kerana terdengar suara orang bercakap dengan kuat. Rupa-rupanya perempuan Cina tersebut yang membuat bising. Saya berasa sangat marah dan ingin saja tampar mukanya. Mulutnya memang kecoh macam mulut tempayan. Memekak saja kerja dia macam mulut murai. "Cot cet cot cet".

Kesabaran saya tidak dapat tahan lagi. Saya pun cakap pada salah seorang perempuan Cina itu dengan nada yang agak garang dan tegas, "Excuse me, boleh diam tak ?". Perempuan Cina itu agak blur sedikit dan cakap, "aaaa.. ?". Saya pon ulangi perkataan tersebut dengan nada yang lagi tegas, "Diam !!!". Lalu mereka semua terus terdiam dan senyap sehinggalah sampai di stesen bas Muar. Mereka hanya cakap sekali-sekala dan itu pun secara bisik-bisik. Saya rasa dia tengah mengutuk sayalah tuh. Dalam hati saya berkata, "ada aku kisah ?". Setelah sampai di Stesen Bas Bentayan Muar, saya pun keluar dan menaiki kereta ibu saya. Saya sampai di rumah lebih kurang pukul 8.10 minit malam. 

Tuntasnya, emosi saya bermula dengan gembira dan bersemangat. Kemudian bertukar menjadi bosan kerana saya terpaksa menunggu roomate saya pulang dari bilik seni sebelum saya dapat memasuki bilik kami. Saya tidak dapat menahan emosi saya apabila saya bercakap pada perempuan Cina itu, "Excuse me, boleh diam tak ?" dan "Diam !!!". Saya memang tidak boleh tahan dengan mulut si murai itu. Bayangkan, dari mula masuk bas dan hendak sampai ke Muar, mulut dia bising dan tidak berhenti-henti bercakap. Semua orang tidak boleh tahan. Kalau saya tidak boleh tahan emosi sangat-sangat, sudah lama tangan ini melayang ke mukanya. Padan muka muka dia. Dah..dah.. malas saya nak cerita pasal dia. Sekian, terima kasih.

1 comment:

  1. Hahaha..padan muka dia! memang patut pun,saya bangga dengan kamu syak! teruskan usaha:p haha

    ReplyDelete